Share |

16 November 2013

Hipokrit dan perubahan

Selamat sejahtera, 

Nampaknya, kita perlu untuk belajar setiap hari. Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang belajar.

Belajar untuk menyusun masa, belajar untuk lebih cekap, belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.

Itu adalah hakikat yang perlu kita sedari, mengapa? Kita sudah belajar. Tapi, ingin mengambil sebagai iktibar itulah yang menjadi beban, ingin mengamalkan nya lah yang merupakan bebanan.

Ops! Jangan cakap beban, sebenarnya tak susah pun untuk belajar sesuatu. Iya? Benar. Yang menjadikannya susah adalah sifat malas.

Jangan anggap malas adalah suatu perkara yang kecil. Kenapa?  Cuba fikir, disebabkan seorang doktor yang malas untuk merawat penyakit pesakitnya, pesakit itu boleh mati. 

Disebabkan seorang bomba yang malas untuk mengangkat telefon, ada orang rentung terbakar. Rileks, itu hanya contoh.

Saya tidak mengatakan bomba dan doktor bersifat begitu, setakat ini mungkin belum pernah terjadi. Cuba fikir, kalau kita malas buat kerja rumah contohnya, rumah kita tentu bersepah bukan?

Dalam masa sama, ada tetamu datang, tetamu itu dijemput masuk, belum sempat dia duduk, ada ular didalam rumah kita yang mematuknya, mati. Sebab? rumah kita bersepah, kenapa? Kita malas. Saya tak nafikan, semua orang ada sifat malas, bahkan saya.

Tapi, ada waktunya kita perlu memaksa diri. Bagaimana ingin memaksa diri? Berbalik pada tajuk asal, belajarlah memaksa diri. Paksa. Mendengarnya pun sudah meruntun jiwa. Kalau dicari didalam kamus , kita mungkin menjumpai ta'rifan paksa yang begini :

tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak .

Sesetengah hal, hipokrit mengajar kita untuk jadi lebih baik. Hipokrit, sesetengah orang cukup tidak suka golongan yang hipokrit. Saya juga termasuk. Tapi, suatu hari saya disedarkan oleh seorang senior sekolah. Dia merupakan Ketua Pelajar Perempuan sesi 2012. Katanya:
Hipokrit lah yang mengajar kita untuk berubah 
Pada awalnya, memang saya rasa tak logik. Sebab hipokrit bukan satu sifat yang mulia. Lama-kelamaan, itu lah hakikat. 

Untuk berubah, kita perlu hipokrit dahulu. Mengapa? Dengan hipokrit kita akan mula belajar untuk Ikhlas. Contohnya, kita hipokrit dihadapn guru dengan membaca buku bila guru masuk ke kelas, tapi sebaliknya kita bukanlah ulat buku, bahkan seorang yang sangat malas membaca . Kita mula membaca.

Tak ikhlas. Cikgu belum keluar. Teruskan membaca. Menarik. Hari-hari hipokrit membaca buku dihadapan guru. Lama-kelamaan menjadi tabiat.

Itu sudah tidak hipokrit. Memang tabi'at. Betul tak? Kalau tak betul, sila betulkan .